Mungkin ada yang baik dalam video ini buat kalian. Aku terpanggil untuk berkongsi video ini kerana teruja dengan kehebatan seorang anak muda yang kurang keupayaan fizikalnya tetapi hebat mindanya...saksikan ye...mudah-mudahan kita juga sekuat dan setabah anak muda ini...
http://www.youtube.com/watch?v=lMQmk-v-o20
aku-wanita-luarbiasa
Tajuk blog aku ini mungkin mengundang tawa...aku sebenarnya hanya wanita biasa yang ingin menjadi luar biasa...3 tahun dari sekarang aku amat berharap tajuk blog ini akan menjadi kenyataan..inshaAllah...HANYA AKU DAN DIA YANG TAHU....
Monday, August 2, 2010
SELAMAT DATANG KE BLOG AKU-WANITA-LUARBIASA
Assalamualaikum w.b.t..
Hari ini, 2 Ogos 2010 menjadi sejarah dalam hidup aku. Selama aku mengenali dunia IT sejak tahun 1987, tidak pernah terlintas dan teringin untuk punya blog sendiri. Selalunya aku hanya berminat mengunjungi blog-blog yang mengutamakan santapan minda kerana aku ini antara mereka-mereka yang selalu merasa rendah diri dan sering ditertawakan cita-citanya...apapun aku ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada sesiapa sahaja yang pernah wujud dalam hidup aku, yang pernah mentertawakan cita-cita dan impian aku. Mereka, walau dalam bentuk apapun kehadirannya, tetap menyumbang kepada apa yang aku ada sekarang....
Kesibukan dalam menjalankan perniagaan juga membuat aku seolah-olah tiada masa untuk diri aku sendiri, berbuat sesuatu yang aku suka bukanlah suatu keperluan sehingga kekadang aku terlupa untuk menghargai diri sendiri. Tercetusnya blog ini pun apabila aku menghadiri seminar Memperkasa Usahawan-Usahawan Wanita di Wilayah Iskandar, Johor anjuran IRDA. Di sinilah aku belajar bagaimana untuk memperkasakan bisnes ke peringkat yang lebih global lebih-lebih lagi perniagaan yang aku ceburi ini terlibat dengan pengurusan enapcemar perkapalan.
Setakat ini saja buat kali ini, inshaAllah jika diizin Allah Azzawajjalla, aku akan berkongsi tentang apa sahaja yang akan mendatangkan faedah untuk sahabat-sahabat yang bakal mengunjungi blog aku ini nantinya...jumpa lagi....
Salam ukhwah,

Subscribe to:
Posts (Atom)